percutian merambu ke langkawi!

Wednesday, March 20, 2013

IMG_0526-1

ahhh. finally boleh nak hapdet pasal langkawi! ;D okeyy. tujuan sebenar hanyalah untuk share destinasi bajet kitaorang ni. mana tau, kot sapa-sapa nak bercuti ke langkawi dengan membe-membe kan. best ohh :))

satu pasal langkawi ni bagi aku, untuk mak-mak sekalian. rasanya pinggan mangkuk aje diorang bekenan. tapi untuk kita muda remaja ni haa macam aku ahahaha. ofkos lah nak buat aktiviti yang energetic sikit. takkan lah nak melawat makam mahsuri, pegi kilang gamat etc. apa baranggg diknun huiii. hihihi

so percutian 3hari 2malam kitaorang memang fully occupied dengan air. hari pertama kuis-kuis kaki di pantai. hari kedua terus terjun masuk tasik. hari ketiga je mampu tengok penguin-penguin berenang secara berjemaah. comel! ;D

IMG_0403IMG_0412
IMG_0422IMG_0421
alhamdulillah kitaorang dapat hotel yang best dan selesa dan startegik dan murah pula!! Langgura Baron Resort yang betul-betul atas pantai. memang under budget. depan Langgura Baron Resort ni ada shopping mall baru. dan belakang dia pulak Pantai Cenang! haa, sesuai sangat lah dengan kitaorang yang prefer jalan kaki dari bawak kete nak ke hulu ke hilir. 

Penginapan: Langgura Baron Resort Langkawi
Harga: Rm140 (Double Queen)
Tempat: Startegik. Area Pantai Cenang. (depan mall, belakang pantai)
Overall: Selesa untuk kitaorang 5orang. thumbs up!
IMG_0424IMG_0441
IMG_0437IMG_0442

petang-petang korang boleh lah have an evening walk along the Pantai Cenang. and boleh tengok sunset jugak. cuma masa kitaorang tu sunset main aci smunyik belakang ketulan awan kegebuan. kecewa sikitlah kat situ. tapi masih. ada banyak aktiviti boleh buat such as jet ski bananananana boat etc. harga tu lebih kurang je kat semua tempat

IMG_0473IMG_0582
IMG_0532IMG_0529
hari seterusnya memang dah membuak-buak dah ni nak pergi terjun laut :D so, kitaorang pergi island hopping ke tiga tempat. 1. Tasik Dayang Bunting. 2. Pulau Beras Basah. 3. Eagle Feeding. and kitaorang add on pegi fish feeding ke hape ntah. naik bot laju swoshh swoshh (bunyi background harap maklum) laju lebih excited dari naik roller coster :D

untuk island hopping, wajib terjun masuk tasik and pantai okeyy! pulau beras basah tu pantai jernih memang wowwee seronok mandi! 

Island hopping: Rm30
Informasi tambahan: sila tapau makanan. sesungguhnya anda akan lapaq setelah terjun masuk tasik dan panjat pulau dayang membunting tu. boleh picnic dekat pulau beras basah. ;)

Pulau Payar Marine Park: RM85-100
Informasi tambahan: Pulau Payar Marine Park ni lagi super best. sebab kita akan pergi snorkeling kat situ dari pagi sampai pukul 3petang macam tu. tempat yang ada coral dan boleh nampak ikan berenang-renang kat kaki. tak pernah pergi lagi, insyaAllah nanti nak pergi. tengok hidupan-hidupan ciptaan Allah ni. terpegun ohh.
IMG_0541IMG_0588
IMG_0537IMG_0587
comel kan ikan buntal ni! siap ada gigi tau! memang sepanjang dekat langkawi tengok laut aje rasa subhanaAllah kecik sangat kita ni. laut luas terbentang, langit biru, air jernih. dengan macam-macam hidupan lagi boleh tengok. haish. nikmat-nikmat.

"Don't overwhelmed by the vastness of the sea. Look at the one who can split it in half" -Yasmin Mogahed

:')
IMG_0606
punya semangat nak naik cabel car on the third day tapi takda rezki. cabel car tutup :(( so, kitaorang decide pegi jenjalan dalam underwaterworld memandangkan bajet ada lebih lagi. so, tengok pengguin comel pon boleyy. lepastu perkara wajib adalah, shopping coklat!!! wee. lepastu, 2 minggu coklat jadi makanan ruji -,-

okeyy. sekian sahaja laporan percutian merambu kami. berjumpa lagi dalam percutian akan datang. eceyy. ada ka kta nak p bercuti mana lagi ni weii? sabah pulak mau? wee.

kbai.

piss: gambaq terlalu mahal untuk ditayang. memori mahal kena simpan untuk tatapan peribadi. rindu hampa semua. gelak seploh kali kalau tengok gamba balik. :((

piss kedua: sapa folo instagram, harap maap. sume gambaq instagram je mampu tayang. pasal dalam camera muka kami ja penuh. tempek sini karang jemu pulak kann.

5 comments:

qwert. said...

Wey. Tak pernah pergi Langkawi! *pathetic face*

Nina Mads said...

Fuhhhh..syoknya! haha
thn lpas bru pi pntai chenang

azalia hjsalleh said...

best best besttttt !
cantik gambar2 nyaaaaaa!
x penah gi langkawi lg
thanks for the info =)

Alia Laila said...

Lama sangat dah tak pergi Langkawi :'(
Haih gambaq tetap superb. Jeles jugak :( Bye. HAHAHA

bada said...

Assalamualaikum Pn.Syakey..

Maaf ganggu masa Pn.Intan. Saya, Nurul Akhmal, pelajar PHD hanya nak minta untuk bantu saya kumpul maklumat / data yang saya perlukan dari Pn.Syakey. Saya perlukan data / maklumat ini untuk peringkat analisis data.

Survey ini untuk Pn.Syakey yang dah pernah melawat Cameron Highlands atau Langkawi atau kedua-duanya sekali.
Survey ini mengambil masa 5-10 minit untuk diselesaikan (bergantung)

Untuk pertama kali jawab survey ini, Pn.Syakey boleh jawab soalan-soalan seperti biasa, tetapi jika Pn.Syakey ingin jawab untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya UNTUK TAMBAHKAN MAKLUMAT survey, boleh ikut step yang dah disediakan dalam survey ini (juga dikenali sebagai pengguna kedua "Second User")

Kalau ada yang tak faham, boleh terus mesej kat sini yer
Really need all your help..

Link survey KLIK URL SINI: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM

PM saya untuk sebarang permasalahan

Inshaallah, saya akan bagi hadiah misteri untuk peserta yang bertuah dan terima kasih atas penyertaan semua. Semoga Allah s.w.t membalas jasa Pn.Syakey
*Mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain juga

*saya dapat info blog/fb dari carian Mr.Google :)

Terima Kasih