umrah 2011 : Madinah Al-Munawwarah

Thursday, June 14, 2012

alhamdulillah. 2 paper setel, 2 lagi tak setel. dan setiap satu paper gap satu minggu. memang tersangatlah memahami penyusun jadual exam tu, takde la nak pressure sangat study menggila kan. :D

so, memandangkan paper lagi satu sminggu lagi. HAHA. ada mood nak update pasal umrah. hm hmmm. not going to share much, sebabnya macam dah ingat-ingat lupa exactly detail-detail dekat sana dulu ni. haihh, dah setahun lalu dah :') sekejap je masa berlalu. letak impian nak try umrah bulan ramadhan. ^^ tapi kena la memantapkan tahap kesabaran dulu. abgwee cakap dugaan kot. kalau laki boleh la nak basah basah kepala guna air zam zam. ni pompuan takkan nak tuang atas telekunng. err. :D takpa, insyaAllah semoga ada peluang tu. :')

okey. trip kami dengan andalusia agak unik sikit. sebabnya kitaorang pergi mekah dulu baru pergi madinah. mostly semua jemaah umrah akan pegi madinah dulu. and trip kami agak panjang. beruntung la sikit. (: sebab ada setengah tu diorang buat umrah sambil melancong tu. itu memang kejap sangat la duduk dekat mekah. tak sempat nak ambik feel dah kena gerak ke tempat lain.
so trip kami ni duduk dekat mekah selama 10hari. dan madinah 4hari. agak lama la untuk kitaorang. best tu. best sangatsangatsangat walaupun dengan selsemanya dengan dehydrated nya tapi alhamdulillah semua went smoothly.

masa tawaf wida' dekat mekah memang moment paling touching sekali. haihh la. habis spek mata hitam banjir dengan air mata. berat hati nak melangkah pergi tapi apakan daya, perjalanan harus diteruskan. (err,awat ayat??) hehe. ya, nak travel ke madinah by bus dari mekah ke madinah memakan masa 8jam. 8jam duduk dalam bas. masa on the way tu rasa macam dalam filem, padang tandus aje haaa.

masa otw ke madinah tu pihak andalusia ada la belanja makan nasik err entah hape nama. tapi memang sedapla cuma arab style tak pakai kuah kot. kalau penang style kuah banjirrrr okeyy so takda kuah tu jadi kurang umphhhh tapi apa pun, alhamdulillah. andalusia memang bagi makan sedap aje. 100% satisfied.

sesampainya dekat madinah. memang agak penat la sebab tenaga sudah di all out kan masa buat umrah. jadi tenaga-tenaga baki aje la yang ada. dekat madinah kawasan memang totally different la dengan mekah. mekah hotelnya nampak tak tersusun dan ruang bilik kecil (tapi noww mekah under construction so hotel-hotel mewah maybe akan jadi banyak kot) tapi madinah, hotel dia tersusun, and banyak hotel yang kelas kelas la. bilik dia, fuhhhhhhhhhh. memang mencabar iman kot nak bangun subuh. haha. hotel super selesa. katil empuk tak payah kata la, macam mekah tu sesuai la bilik macam tu sebab duduk lama. madinah ni maybe rate mahal lagi kot hotel dia.

jadi, pasal madinah ya? Masjid Nabawi memang tersangat-sangat-sangat cantik. ruang dalam dia, luar dia. dan memang luas sangat. tapi satu la, kena make sure korang masuk mana, gate mana, kasut letak mana, sebab nanti nak keluar boleh kind of confused sebab masjid ni petak jadi rupa dia macam serupa ja. kalau belah perempuan memang agak ketat sikit. diorang check beg. nak check barang and terutamnya camera. ya. pompuan tak boleh bawak camera T__T tapi belah laki boleh pulak bawak camera. sedih. tak dapat lah nak ambil gambar belah dalam masjid. penah sekali curi curi bawak masuk tapi bila dah kat dalam, memang rasa macam susah aje nak sorok sorok ambik gamba T__T

ada a few incident yang agak tidak best lah. tapi takmauuu cta. :D cuma yang agak memalukan, kitaorang selumber aje nak masuk perkuburan bakhi. mana nak p tau perempuan tak boleh masuk. pada awalnya macam pelik tau banyak tempat yang terhad untuk perempuan termasuklah nak melawat makam Rasulullah SAW and nak masuk raudhah. tapi setelah memahami situasinya, ye lah perempuan ni suka meratap, menangis tak tentu pasal. emosi tidak terkawal. serious. takut kot tengok geng-geng (taktau negera mana) pakaian serba hitam then pegang pagar perkuburan bakhi tu sambil nangis-nangis yang teramat err dasyat jugak la.

next. untuk melawat makam Rasulullah SAW and masuk raudhah untuk perempuan ada waktu dia. sama ada 7pagi atau 11malam. memandangkan andalusia selalu ada aktiviti time pagi so kitaorang pegi malam. agak jeles la lelaki boleh masuk anytime kot. abgwee siap ambil gambar lagi kat dalam tu. kte ni, nampak pagar aje kot T__T ramai sangat orang. and tahu lah orang negara luar macam iran etc diorang dah la big size. memang agak mendukacitakan la.

orang yang jaga ni, diorang akan divide orang ikut negara. macam malaysia duduk sekali dengan indonesia. then kalau negara ni, haaa kumpul la korang sesama. then dia akan lepaskan masuk ikut negara negara ni la. tapi tahu la diorang yang lain, sangat eager nak masuk kot, baru sebut satu negara, terus negara yang lain tu bangun and nak masuk jugak. bukan nak kata, tapi agak sedikit huru hara di situ. dan dengan berlariannya. haihh la. memandangkan malaysia tersangat baik, yes, memang orang malaysia duduk diam aje menunggu masa. then sebab baik tu lah kitaorang masuk last. T__T dan sebab last tu la orang iran depan ktaorang dah conquer belah depan. dan sebab tu jugak kitaorang tak sempat buat apa pun dah kena mintak keluar. ?????? agak tak best la kannn.

tapi disebakan aku seorang yang adventurous. aku tarik kakak aku menyelit seselitnya. kakak aku lagi satu tak dapat join sebab cuti. so kekuatan dia hilang. kalau ada dia memang aku konfem sampai depan pagar makam dah. yang kak lagi satu tu well said, aku lerr kakak dia. hihi. takpa angah, kami jaga hampa molek kan? :D

#PESANAN. so ni memang harus lah untuk orang malaysia. kalau nanti pergi umrah and dekat madinah, pakai jubah hitam, and pakai tutup muka tu. niqab eyh? pakaiii. and jangan duduk dengan group malaysia. selit menyelit adalah kecekapan yang sangat diperlukan. duduk je dekat group mana mana. kalau tak korang takkan merasa la nak duduk depan-depan sikit.

tapi masa sampai aje raudhah. how to detect? raudhah dia guna karpet hijau. other then raudhah karpet merah. so memang nampak aje karpet hijau memang segala doa ah keluar. tapi kurang feel sebab memang tersangat sesak. dengan desakan penjaga masjid tu suruh keluar. sedih betul. tapi alhamdulillah berkesempatan la jugak kan. (:

tapi sebenarnya pompuan still tak dapat berada betul-betul di hadapan makam Rasulullah. diorang tetap tutup. takut pompuan bagi roboh kot. memang bunyi tangisan aje la dekat kawasan tu.

pasal membeli dan membelah. (khas untuk kaum wanita) kebanyakkan konfem tunggu dekat mekah baru shopping. so kitaorang yang dekat mekah tak la shopping sangat sebab tahu nak ke madinah. tapi kalau macam kurma etc kat madinah macam banyak pilihan lagi lah. harga lebih kurang ja. tak payah la nak tunggu mana lagi murah. berkenan sila beli. jangan tunggu-tunggu. tapi secara overall nya, shopping mekah lagi best. madinah macam hm entah mungkin sebab kitaorang dah penat, so nak tengok apa pun dah macam less perasaan sikit. apa-apa pun, berbijaklah dalam berbelanja ye.
yang lawatan-lawatan tak cta kot. sebelum ni dekat mekah pun aku tak sebut pasal lawatan. main point yang nak disampaikan adalah mengenai raudhah tu. tak sangka pulak macam tu kan sebab makcik-makcik yang pegi tak lah kata gitu. 

akhir kata, semoga dimurahkan rezeki untuk sampai ke sini lagi. insyaAllah. (:

#ayat tunggang langgang harap maklum. entri mekah rujuk sini (: